PEMAKMURAN MASJID-MASJID "Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka.Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."[Maksud Firman Allah Taala Surah At-Taubah :17-18]

KULIAH BULAN JANUARI 2014(SELEPAS SOLAT MAGHRIB) 10hb. Jan 2014(JUMAAT) - USTAZ SHAHIR HASAN.......11hb. Jan 2014(SABTU) - USTAZ RAMLI MAHMUD.......14hb. Jan 2014(SELASA) - USTAZ FAZIZUL RAHMAN.......15hb. Jan 2014(RABU) - USTAZ YUSRI ABDULLAH(CERAMAH MAULIDUR RASUL).....16hb. Jan 2014(KHAMIS) - USTAZ AHMAD NUR HELMI ADNAN.....19hb.Jan 2014(AHAD) - USTAZ TOREQ ZAINURDIN......20hb.Jan 2014(ISNIN) - USTAZ MARZUKI YEDIM.....22hb.Jan 2014(RABU) - USTAZ AHMAD CHE PIN......25hb. Jan 2014(SABTU) - USTAZ ZAINAL SAAD.....26hb. Jan 2014(AHAD) - USTAZ TARMIZI SHAARI.....SEMUA JEMAAH DIJEMPUT HADIR

SEJARAH AWAL SURAU

Dibina di atas Lot No. 7066, Taman Nesa,Selama,Perak pada September 1999 di bawah peruntukan khas Menteri Persekutuan sebanyak RM25,000.Keluasan tanahnya ialah 585 meter persegi.Apabila diluluskan untuk mendirikan Solat Jumaat,Pejabat Daerah dan Tanah Selama telah meluluskan tambahan sebanyak RM15,000 bagi tujuan perluasan surau dan seorang Hamba Allah telah menyumbang sebanyak RM6,ooo bagi tujuan yang sama.
Surau ini mula mendirikan Solat Jumaat pada tanggal 20hb Jun 2003 yang diisytiharkan oleh Penolong Mufti Negeri Perak iaitu Al-Fadil Ustaz Zamri bin Hashim.