PEMAKMURAN MASJID-MASJID "Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka.Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."[Maksud Firman Allah Taala Surah At-Taubah :17-18]

KULIAH BULAN JANUARI 2014(SELEPAS SOLAT MAGHRIB) 10hb. Jan 2014(JUMAAT) - USTAZ SHAHIR HASAN.......11hb. Jan 2014(SABTU) - USTAZ RAMLI MAHMUD.......14hb. Jan 2014(SELASA) - USTAZ FAZIZUL RAHMAN.......15hb. Jan 2014(RABU) - USTAZ YUSRI ABDULLAH(CERAMAH MAULIDUR RASUL).....16hb. Jan 2014(KHAMIS) - USTAZ AHMAD NUR HELMI ADNAN.....19hb.Jan 2014(AHAD) - USTAZ TOREQ ZAINURDIN......20hb.Jan 2014(ISNIN) - USTAZ MARZUKI YEDIM.....22hb.Jan 2014(RABU) - USTAZ AHMAD CHE PIN......25hb. Jan 2014(SABTU) - USTAZ ZAINAL SAAD.....26hb. Jan 2014(AHAD) - USTAZ TARMIZI SHAARI.....SEMUA JEMAAH DIJEMPUT HADIR

SOLAT SUNAT MUSAFIR



Disunatkan orang yang akan bermusafir solat dua rakaat dan dua rakaat bila dia sampai di rumahnya.

DALIL

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

"Dari Abu Hurairah, berkata Nabi s.a.w "Apabila engkau keluar dari rumahmu, hendaklah engkau solat dua rakaat nescaya solat itu akan memeliharamu dari kemasukan kejahatan dan apabila engkau memasuki rumahmu hendaklah engkau solat dua rakaat, maka solat itu akan memelihara dari kemasukan kejahatan".

NIAT

أُصَلِّي سُنَّةَ السَفَرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat musafir dua rakaat kerana Allah Taala.