PEMAKMURAN MASJID-MASJID "Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka.Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."[Maksud Firman Allah Taala Surah At-Taubah :17-18]

KULIAH BULAN JANUARI 2014(SELEPAS SOLAT MAGHRIB) 10hb. Jan 2014(JUMAAT) - USTAZ SHAHIR HASAN.......11hb. Jan 2014(SABTU) - USTAZ RAMLI MAHMUD.......14hb. Jan 2014(SELASA) - USTAZ FAZIZUL RAHMAN.......15hb. Jan 2014(RABU) - USTAZ YUSRI ABDULLAH(CERAMAH MAULIDUR RASUL).....16hb. Jan 2014(KHAMIS) - USTAZ AHMAD NUR HELMI ADNAN.....19hb.Jan 2014(AHAD) - USTAZ TOREQ ZAINURDIN......20hb.Jan 2014(ISNIN) - USTAZ MARZUKI YEDIM.....22hb.Jan 2014(RABU) - USTAZ AHMAD CHE PIN......25hb. Jan 2014(SABTU) - USTAZ ZAINAL SAAD.....26hb. Jan 2014(AHAD) - USTAZ TARMIZI SHAARI.....SEMUA JEMAAH DIJEMPUT HADIR

SOLAT SUNAT TERAWIH

Terawih ertinya beristirehat. Ia dikerjakan selepas solat isyak sehingga menjelang fajar. Solat Terawih ini hanya dilakukan pada bulan ramadhan dan boleh dilakukan sama ada secara individu atau secara berjamaah. Bilangan rakaat yang dilakukan biasanya 8 rakaat dengan 3 witir atau 20 rakaat dengan 3 witir.

DALIL

Sabda Rasulullah s.a.w :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمر فيه بعزيمة فيقول ، من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Maksudnya : "Adalah Rasulullah s.a.w menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadan tetapi tidak mewajibkannya. Baginda bersabda barang siapa bangun pada bulan Ramadan (mengerjakan solat tarawih) dengan rasa iman dan mengharapkan keredhaan Allah maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu".

Cara yang mengerjakan solat tarawih ialah dengan melakukan 2 rakaat demi 2 rakaat.

NIAT

أُصَلِّي سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat kerana Allah Taala.