PEMAKMURAN MASJID-MASJID "Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka.Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."[Maksud Firman Allah Taala Surah At-Taubah :17-18]

KULIAH BULAN JANUARI 2014(SELEPAS SOLAT MAGHRIB) 10hb. Jan 2014(JUMAAT) - USTAZ SHAHIR HASAN.......11hb. Jan 2014(SABTU) - USTAZ RAMLI MAHMUD.......14hb. Jan 2014(SELASA) - USTAZ FAZIZUL RAHMAN.......15hb. Jan 2014(RABU) - USTAZ YUSRI ABDULLAH(CERAMAH MAULIDUR RASUL).....16hb. Jan 2014(KHAMIS) - USTAZ AHMAD NUR HELMI ADNAN.....19hb.Jan 2014(AHAD) - USTAZ TOREQ ZAINURDIN......20hb.Jan 2014(ISNIN) - USTAZ MARZUKI YEDIM.....22hb.Jan 2014(RABU) - USTAZ AHMAD CHE PIN......25hb. Jan 2014(SABTU) - USTAZ ZAINAL SAAD.....26hb. Jan 2014(AHAD) - USTAZ TARMIZI SHAARI.....SEMUA JEMAAH DIJEMPUT HADIR

AMALAN SEDEKAH MENYUBUR KEIMANAN

Hadith:

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Setiap anggota manusia dkehendaki memberi sedekah selagi matahari terbit. Mendamaikan antara dua orang (yang bertelingkah itu) merupakan sedekah, menolong orang yang hendak menaiki kenderaan adalah sedekah atau mengangkat barangan ke atas kenderaan adalah sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, setiap langkah perjalanan untuk sembahyang adalah sedekah dan membuang benda yang berbahaya dari jalan adalah sedekah”.

Huraian Hadith:

1. Setiap kebaikan yang dilakukan oleh anggota manusia adalah sedekah dan ia akan diberi balasan pahala oleh Allah SWT.

2. Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa melakukan kebaikan kepada manusia dengan memberi pertolongan, menyumbang bantuan tenaga dan menghindarkan sesuatu yang mendatangkan mudharat kepada manusia.

3. Semua amalan baik yang dilakukan oleh seseorang dengan tulus ikhlas adalah merupakan ibadat dan ia akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.

4. Kita wajib bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan, antara nikmatnya ialah anggota badan kita sangat besar manfaatnya kepada kita, kerana itu kita wajib menggunakan anggota kita untuk melaksanakan perintah Allah atau apa yang harus dilakukan, atau sekurang-kurangnya tidak melakukan keburukan dan kejahatan. Oleh itu syukur terbahagi kepada :

a. Syukur wajib, iaitu dengan melakukan apa yang diperintah dan menjauhi apa yang dilarang.

b. Syukur sunat iaitu melakukan amalan-amalan sunat seperti zikrullah dan membantu manusia.

5.Sedekah bukan hanya dengan mengeluarkan harta dan wang ringgit malah makna sedekah lebih luas daripada itu seperti yang ditunjukkan oleh hadis ini iaitu bersedekah dengan tenaga dan bersedekah dengan kata-kata.

Riwayat: Bukhari dan Muslim