PEMAKMURAN MASJID-MASJID "Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka.Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."[Maksud Firman Allah Taala Surah At-Taubah :17-18]

KULIAH BULAN JANUARI 2014(SELEPAS SOLAT MAGHRIB) 10hb. Jan 2014(JUMAAT) - USTAZ SHAHIR HASAN.......11hb. Jan 2014(SABTU) - USTAZ RAMLI MAHMUD.......14hb. Jan 2014(SELASA) - USTAZ FAZIZUL RAHMAN.......15hb. Jan 2014(RABU) - USTAZ YUSRI ABDULLAH(CERAMAH MAULIDUR RASUL).....16hb. Jan 2014(KHAMIS) - USTAZ AHMAD NUR HELMI ADNAN.....19hb.Jan 2014(AHAD) - USTAZ TOREQ ZAINURDIN......20hb.Jan 2014(ISNIN) - USTAZ MARZUKI YEDIM.....22hb.Jan 2014(RABU) - USTAZ AHMAD CHE PIN......25hb. Jan 2014(SABTU) - USTAZ ZAINAL SAAD.....26hb. Jan 2014(AHAD) - USTAZ TARMIZI SHAARI.....SEMUA JEMAAH DIJEMPUT HADIR

PENGERTIAN SOLAT SUNAT

Sunat diertikan pada syara' apabila dikerjakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan tiada siksa.

Maka Solat Sunat ini ialah solat yang dilakukan dengan kerelaan hatinya sendiri. Solat Sunat juga dikenali dengan beberapa istilah lain seperti Solat "Nafilah" atau Solat "Tathowwu'".

Solat sunat merupakan satu cara untuk mentaqarrubkan (mendekatkan) diri kita kepada Allah. Di mana, Rasulullah SAW pernah menjelaskan bahawa seseorang hamba itu paling dekat dengan Tuhannya apabila dia berada dalam sujud.

Disamping itu, Solat sunat menjadi penampung kepada amalan-amalan fardhu kita yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita.

Akhir sekali antara keperluan Solat Sunat ini ialah, Solat Sunat inilah yang akan menjadi tempat kita mengadu keadaan diri kita kepada Allah. Kita mampu mengadu apa sahaja kepada Allah SWT. samada berkenaan dengan kehidupan kita, keluarga kita, kewangan kita, kita dizalimi dan sebagainya dan Allah Maha Mendengar segala rintihan kita itu.