Hadith:
Daripada Abu Said al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak seorang pun daripada hamba Allah SWT yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah SWT, melainkan akan Allah SWT jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya".
Huraian Hadith:
Setiap orang yang berpuasa dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT, kemudian memelihara puasanya daripada amalan-amalan yang ditegah, Allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun perjalanan. Sesungguhnya setiap amalan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh meskipun sedikit tetap ada ganjarannya dan dinilai oleh Allah SWT. Ia menjadi saham yang boleh membantu manusia tersebut di akhirat kelak.
Riwayat: Al-Bukhari dan muslim


